Usahawan dan jurusolek terkenal, MUA Bella sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri baru-baru ini.

@muabellaz

Allah Allah ,Alhmdulilah syukur rezeki segala nikmat Allah berikan dapatkan kita sama2 berkongsi rezeki dgn orang ramai ..Alhmdulilah tahun ni 2 kali gnda untuk jamuan Raya Alhmdulilah..Terima kasih yg hadir semua ..mintak maaf segala kekurangan dri bellaz ya 🙏🏻 Doakan ada rezeki bellaz jmput lebih ramai lagii insyallah …. 🤲🏻🤲🏻 Aminn Aminn

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – AchikAfiq 06

MUA Bella Buka Rumah Terbuka, Jemput Orang Kampung & Followers

Majlis tersebut diadakan dengan suasana meriah dan penuh keakraban apabila Bella atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini bukan sahaja menjemput ahli keluarga serta rakan terdekat, malah turut membuka ruang kepada penduduk kampung serta para pengikut setianya yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya dan perniagaannya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Bella meluahkan rasa syukur melihat sambutan yang diterima sepanjang majlis berlangsung. Dia turut hadir bersama suaminya, Nat Nuart, serta mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang sanggup meluangkan masa hadir memeriahkan suasana rumah terbuka tersebut.

Dalam pada itu, Bella turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau jemputan yang tidak sempat disampaikan kepada semua pihak dan berharap agar majlis seperti itu dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan sekiranya diberikan rezeki.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif dalam kalangan netizen yang memuji sikap rendah diri serta keprihatinannya dalam menghargai orang sekeliling.

Kredit: TikTok muabellaz

[fbcomments]