Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu seorang bayi lelaki yang meninggal dunia di Kelana Jaya dipercayai diliwat suami pengasuhnya.
Terbaru, seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berusia sembilan bulan itu berkongsi rasa kecewa terhadap kejadian menyayat hati itu selain menuntut keadilan di atas kematian anaknya.
Menerusi luahan di laman Facebook miliknya, wanita tersebut tidak menyangka suspek lelaki berusia 36 tahun itu tergamak melakukan tindakan terkutuk tersebut sehingga terdapat beberapa kesan koyakan di bahagian dubur mangsa.
Sanggup buat anak aku macam ni?
Menurut si ibu, dia telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat namun bila balik tengok anak dah kaku.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kematian dipercayai akibat sesak nafas kerana mulut mangsa ditekup menggunakan tangan suspek.
Difahamkan ketika kejadian, suspek wanita sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan suaminya bersendirian dengan mangsa di dalam bilik yang dikunci selama dua jam.
Bagaimanapun, pasangan tersebut telah ditahan polis dan didakwa hari ini selain disahkan kedua-duanya positif dadah jenis syabu.