Tidak perlu berpura-pura cacat, memakai pakaian lusuh atau meletakkan kertas bertulis ayat merayu sumbangan.
Itu dilakukan wartawan ketika menyamar sebagai pengemis dan seterusnya mudah meraih simpati warga ibu kota untuk menderma.
Menyamar sebagai pengemis
Pengalaman itu dilalui wartawan ketika melakukan penyamaran sebagai pengemis di hadapan Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah selain bank dan restoran makanan segera di Jalan Bukit Bintang.

Difahamkan hasil diperoleh untuk tempoh kira-kira dua jam penyamaran di lokasi terbabit ialah RM36 hanya dalam beberapa jam sahaja. Namun ada kemungkinan lebih banyak wang akan diperoleh jika duduk lebih lama atau seharian di situ.