fbpx

Penyanyi Haqiem Rusli dan isteri sering menjadi perhatian netizen lebih-lebih lagi apabila isterinya, Anis Sofea menanggalkan tudung baru-baru ini.

Dalam sebuah temubual bersama OhBulan! Haqiem berkata dia pantang jika ada yang mengacau isterinya kerana dia boleh bertindak di luar kawalan.

“Saya tak mahu marah kepada netizen yang kecam isteri saya, mereka boleh komen apa sahaja tapi jangan cakap depan saya.”

“Saya tidak tahu apa akan berlaku kalau mereka cakap dengan saya. Saya pantang kalau orang kacau isteri saya.”

Haqiem berkata dia enggan memarahi netizen yang mengecam isterinya namun biarlah ianya di komen saja dan bukan di hadapannya. Dia juga berkata dia tidak kisah jika dia yang dikacau tetapi jangan melibatkan orang yang dia sayang seperti isteri dan ibunya.

Nasihat boleh, bukan perli

Haqiem berkata dia terbuka dalam menerima nasihat tetapi lebih baik nasihat tersebut diberikan di DM atau whatsapp sahaja dan bukan dengan cara memerli isterinya itu secara depan-depan.

Bangga isteri tidak meroyan

Haqiem berkata dia pernah menasihat isterinya untuk bersedia dengan segala kecaman memandangkan dia bakal mengahwini seorang selebriti. Haqiem juga bersyukur isterinya telah bersedia dan tidak meroyan di Twitter dan sangat profesional dalam menangani kecaman.

Haqiem meminta orang ramai mendoakan beliau dan isteri. Dia juga mengingatkan yang mungkin pada masa ini aib mereka terbuka dan yang sibuk mengecam sedang ditutup aibnya.

Mereka yang bercakap tentang kami, mungkin aib mereka sedang ditutup oleh Tuhan, saya selebriti, jadinya lebih terbuka.

Sekadar info, Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.

[fbcomments]