fbpx

Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim berkata peningkatan kes tersebut disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman beralkohol itu.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar.Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz.Yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” katanya melalui laman Facebook.

“Kamu tidak boleh memaksa orang lain untuk akur dengan kehendak moral dan kepercayaan kamu. Hanya kerana kamu tidak menyukainya.Jangan halang orang lain untuk menikmatinya (minun arak).”

[fbcomments]