fbpx
Kredit: Utusan

Pelawak dan pengacara Shuk Sahar mengakui berharap mendapat peluang lakonan setelah sekian lama mendiamkan diri dari bidang itu.

Dalam laporan utusan, Shuk berkata dia telah meninggalkan industri seni tanah air selama lebih kurang dua tahun. Justeru, dia meminta agar ada penerbit drama ataupun filem yang sudi memberikan tawaran kepadanya.

“Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap.

“Baru-baru ini ada tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi, terpaksa saya tolak,” katanya.

Shuk yang kini sibuk dalam dunia perniagaan berharap agar orang ramai tidak berterusan menghukum dan memulaukannya dalam industri seni tanah air.

“Jujur saya memang rindu nak kembali berlakon kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia itu.Buat masa sekarang, saya hanya berniaga untuk kelangsungan hidup.

“Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin maklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon.

“Diharapkan peluang masih ada untuk saya,” jelasnya.

Terdahulu, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar 37 telah terpalit isu kontroversi rumah tangga sehingga dikritik hebat oleh warganet.

Malah dia juga terpaksa menjual rumah banglo miliknya bernilai RM 1.2 juta demi meneruskan kehidupan.

[fbcomments]