Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kenaikan harga ayam tertinggi di Terengganu berbanding negeri lain seluruh negara.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya mendapati harga ayam direkodkan di Terengganu mencecah RM9.60 untuk satu kilogram (kg) sedangkan julat harga ayam untuk satu kg sepatutnya adalah di bawah RM6.

“Susulan itu, kita mengeluarkan notis kepada peniaga untuk menyiasat punca kenaikan harga ayam yang melonjak sehingga RM9.60 untuk sekilogram.

“Setakat ini, sebanyak 103 notis dikeluarkan semalam iaitu tujuh daripadanya berkaitan kenaikan harga ayam dan dijangka meningkat menjelang Aidilfitri.”

Beliau berkata, pihaknya berharap pengguna konsisten melaporkan kepada KPDNHEP bagi membolehkan tindakan diambil dengan membawa peniaga ke pengadilan sekali gus peniaga dikehendaki memberi penjelasan serta mendedahkan sumber bekalan diperoleh termasuk harga kos mengikut notis dikeluarkan itu.

[fbcomments]