Seorang pelanggan meluahkan kekecewaannya selepas mendapati Kek Hitam Premium yang dibelinya daripada seorang pempengaruh dalam keadaan tidak memuaskan. Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di TikTok oleh pengguna dikenali sebagai Chamie Basir.

@chamiebasir

Kek hitam premium by Fendymojo. To me, it’s not worth it. #chamiebasir #moistchocolatecake #vlog

♬ original sound – Chamiebasir – Chamiebasir

Pelanggan Kecewa Kek Hitam Premium Berkulat, Pertikai Kualiti Produk & Harga Terlalu Mahal

Menurutnya, kek tersebut dibeli melalui perkhidmatan penghantaran pos dan diterima dalam tempoh yang singkat. Namun, sebaik sahaja penutup bekas dibuka, dia terkejut melihat terdapat kesan putih yang dipercayai kulat pada permukaan kek berkenaan.

Walaupun berasa ragu dengan keadaan kek tersebut, pelanggan itu tetap mencuba dan mendapati rasa kek tidak menepati jangkaannya. Dia berpandangan bahawa hanya lapisan coklat ganache yang memberikan rasa lebih istimewa, manakala kek asasnya tidak jauh berbeza daripada kek coklat biasa. Tambahnya, harga RM39 yang dikenakan dianggap tidak berbaloi dengan kualiti produk yang diterima.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang menyarankan supaya pempengaruh berkenaan menambah baik kawalan kualiti dan memastikan makanan dihantar dalam keadaan yang lebih selamat serta terjamin kebersihannya. Mereka juga berpendapat bahawa makanan yang dihantar melalui pos seharusnya dikemas dengan lebih baik, menggunakan bekas kedap udara atau tambahan silica gel bagi mengelakkan pencemaran dan mengekalkan kesegaran produk.

Selain itu, beberapa komen turut menzahirkan kebimbangan terhadap tindakan pelanggan yang masih mencuba kek tersebut meskipun sudah berkulat. Pakar kesihatan menyarankan agar makanan yang telah tercemar tidak dimakan kerana spora kulat boleh merebak ke seluruh bahagian kek, sekali gus berisiko menjejaskan kesihatan.

Kredit: TikTok chamiebasir

 

 

[fbcomments]