Personaliti TV, Hawa Rizwana semakin dikenali ramai lebih-lebih lagi apabila mejadi hos untuk program hiburan terlenal sejak hujung tahun lalu.
Terkini, permilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan itu sekali lagi menarik perhatian ramai apabila pakaiannya untuk program tersebut dianggap keterlaluan.
Hawa memakai busana beropol merah jambu yang mengikut bentuk badan sambil digayakan dengan tudung kuning air yang diikat ke leher. Ramai yang mengatakan pakaian itu tidak sesuai untuk wanita berhijab sepertinya.
Ramai juga kecewa kerana fesyen Hawa semakin berani selari dengan poularitinya itu. Menjengah ruangan komen, ramai yang menasihati Hawa tentang perkara itu.




Sumber: Instagram