Sebelum ini viral kisah Fairuz A. Rafiq  yang pernah digemparkan dengan kes kemaluannya berbau ikan masin. Perkara tersebut telah dinyatakan sendiri oleh bekas suaminya , Galih Ginanjar  tahun lalu menerusi sebuah program talkshow yang disiarkan di laman YouTube.


Galih dikatakan telah memburukkan nama baik Fairuz dan didakwa menceritakan hal peribadi secara terbuka dengan menceritakan aibnya ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Membuat laporan polis

Berang dengan tindakan bekas suaminya yang secara terbuka bercerita kepada hos Rey Utami serta penonton lain mengenai hubungan seks antara mereka hanya bertahan selama 15 minit sahaja, Fairuz membuat laporan polis.

Susulan daripada laporan tersebut dan proses perbicaan, mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada bekas suaminya yang juga merupakan aktor Indonesia, Galih Ginanjar dan Youtuber wanita tersebut, Rey Utami serta suami kepada pengacara tersebut, Pablo Benua.


Youtuber kini dibebaskan

Namun Youtuber Indonesia, Rey Utami telah dibebaskan pada Ahad lalu selepas menjalani hukuman penjara selama setahun empat bulan. Walau bagaimanapun, Pablo dan juga Galih masih lagi berada di bawah tahanan.

Mahkamah Jakarta Selatan telah menjatuhkan hukuman penjara setahun lapan bulan kepada Pablo manakala Galih pula selama dua tahun empat bulan.

Fairuz mengalami trauma

Kejadian yang mengaibkan itu telah membuatkan Fairuz mengalami tekanan emosi dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai termasuk meneruskan karier dalam industri seni.

Saya dah tak berani nak kerja… saya malu. Ketika kejadian itu berlaku saya ada anak yang masih menyusu badan.

Saya sangat terkesan hingga anak saya kekurangan berat badan dan dia terpaksa di rawat di hospital kerana saya tidak mampu menghasilkan susu badan.

Malah sewaktu perbicaraan kes kemaluan berbau ikan masin awal Februari lalu, difahamkan pelakon wanita itu diberikan rehat selama 15 minit kerana keadaannya yang terlalu lemah dan tidak berdaya akibat tertekan dan alami gangguan emosi yang teruk.

Lebih huru-hara ketika Fairuz dibawa keluar dari bilik perbicaraan, pelakon itu tiba-tiba pengsan sambil dipapah oleh ahli keluarganya ke ruang rehat.

[fbcomments]