Tular di media sosial sejak semalam yang memaparkan seorang pemuda bernama Airiel Qashaf tampil membuat permohonan maaf kepada Caprice dan isterinya selepas dipercayai meninggalkan komen yang berbaur hinaan terhadap bayi mereka baru-baru ini.
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/C6f_337SPN3/?igsh=MTFpNzdjNWQ5ZHJvbg==
Melutut Minta Maaf
Menerusi video yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagramnya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat membawa pemuda yang berusia 23 tahun itu berdepan dengan isterinya di rumah.
Farra yang memegang bayinya itu dilihat memarahi pemuda berkenaan sebelum memintanya untuk melutut memohon maaf kepadanya.
“Satu soalan aku nak tanya kau ini gila ke betul? Apa masalah kau maki-maki anak aku? Baru 23 nak buat perangai sampah. Kau patut bersyukur jumpa dengan Caprice dalam keadaan dia mampu kawal aku.
“Kau nak minta maaf dengan aku, ikut cara aku. Aku nak kau melutut minta maaf dengan anak aku. Kau buat apa yang aku nak, dua dua lutut ke bawah pun tak apa,” katanya.
Farra juga menasihati pemuda berkenaan agar tidak mengulangi perbuatannya itu terhadap mana-mana orang lain di luar sana.
Sambungan video:
https://www.instagram.com/reel/C6gXxivy6kf/?igsh=MWw3azcwMTl4dHA0MQ==
Lepas Minta Maaf, Caprice Bagi Duit Raya Dan Nasihat Jangan Ulangi Kesilapan Sama Lagi
Selepas membuat permohonan maaf, Caprice memberi dua pilihan kepada pemuda tersebut sama ada dia mahu menyelesaikan isu tersebut di balai polis atau di masjid.
Pempengaruh itu kemudiannya membawa pemuda berkenaan ke masjid untuk menunaikan solat dan berpelukan.
Bukan itu sahaja, malah Caprice dilihat turut memberikan wang kepada pemuda tersebut untuk diberikan kepada ibunya.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian warganet dan rata-ratanya memuji Caprice yang tetap memberikan wang saku kepada pemuda berkenaan meskipun telah menyakiti hatinya dan isteri.
Kredit: Instagram capricedaddycap