fbpx

Sekarang ni kebanyakan jalan-jalan utama dan laluan ke tempat-tempat tertentu ada sekatan polis dan tentera bagi mengawal pergerakan atau laluan rakyat di negara ini sesuai dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Polis terima makian

Namun ucapan terima kasih yang patut diberikan sebaliknya makian yang dihamburkan kepada frontliners

Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!

Itulah makian yang diberikan seorang wanita kepada pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas membuat sekatan jalan raya sempena Op Covid di Persiaran Surian bersempada Kota Damansara-Damansara.

Tak puas hati kerana terperangkap dalam kesesakan

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku sebaik sahaja wanita itu tiba di rumahnya selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Apartmen wanita itu berkedudukan betul-betul bersebelahan sekatan jalan raya tersebut. So bila sampai je di apartment, wanita tersebut turunkan tingkap kereta dan jerit maki polis.

Protes, bunyikan hon hampir setengah jam

Bukan sahaja memaki malah wanita tersebut turut membunyikan hon selama hampir setengah jam ketika dalam kesesakan tersebut sebagai tanda protes.

Difahamkan lagi, wanita itu turut berjalan ke arah polis dan memaki pihak polis yang kononnya menyusahkan pihaknya.

Atas perbuatannya itu, polis kemudiannya mengambil kad pengenalan dan bertindak menahan wanita tersebut.

Dia kemudian dibawa ke balai polis Damansara untuk tindakan siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 7(b) dan Akta 342.

[fbcomments]