Terdahulu kumpulan Sepah sangat diminati ramai semasa zaman Maharaja Lawak sehingga mereka raih tempat pertama. Namun apabila salah seorang dari anggota Sepah bertindak untuk keluar, iaitu Mamat atau nama sebenar beliau Mohd. Nor Murad terciptalah kumpulan baharu yang dianggotai oleh Jep dan Shuib iaitu kumpulan Sepahtu.

Sepahtu sudah bertahan lama dalam industri bahkan mereka semua ini adalah kawan sekampung lagi. Namun baru-baru ini timbul desas desus yang mengatakan bahawan Jep dan Shuib kini sudah renggang selepas terdapat beberapa isu yang timbul diantara mreka berdua.

Mahu Rapatkan Hubungan Kembali

Menurut sumber Kosmo!, Mamat pernah terfikir untuk menemukan dua sahabat baiknya dalam suasana santai seperti suatu ketika dahulu. Beliau juga turut rasa bertanggungjawab untuk menjernihkan semula hubungan antara kedua-dua rakan karibnya itu tanpa perlu drama diantara mereka.

“Dari hidup susah, ada yang sudah ke tahap jutawan, jadi orang penting. Saya pun tak sangka terjadinya isu sebegini dan soal perpecahan berbangkit. Secara peribadi memang saya mahu satukan mereka, tetapi bukan dalam keadaan sekarang ketika masing-masing sibuk,” jelasnya.

Rindu Suasana Seperti Dulu

Menurut sumber Lobak Merah, Mamat meluahkan rasa rindu dengan momen bersama sahabat baiknya itu. “Rindu memang rindu sebab Sepah adalah kumpulan terbaik yang saya ada. Cuma untuk duduk bertiga, saya minta doakan saja. Dapat minum kopi bersama-sama pun dah cukup,” ujarnya lagi.

Mamat turut memaklumkan bahawa beliau sering bertemu dengan Jep, manakala Shuib pula beliau dapat berhubung ketika majlis perkahwinannya pada baru-baru ini.

Sebelum ini, isu Jep tidak dijemput ke majlis perkahwinan Shuib bersama Watie telah mencetuskan pertanyaan orang ramai, namun tiada penjelasan selanjutnya.

Kredit: Kosmo!, Lobak Merah

[fbcomments]