fbpx

Heboh di media sosial mengenai usahawan dan penyanyi kontroversi Nur Sajat menunaikan umrah di Kota Suci Makkah bersama keluarganya dengan memakai pakaian wanita.

Perkara ini telah menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terutamanya yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah itu kerana sangsi dengan status jantinanya.

Walau bagaimanapun, pihak Albayt Travel dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi berkata, pihaknya juga sudah merujuk insiden Nur Sajat memakai pakaian wanita dan bertelekung itu kepada pihak Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan selanjutnya.

Hukum mak nyah menunaikan umrah

Menurut perkongsian Syed Shahridzan, hukumnya harus dan mereka layak untuk mengerjakan ibadah umrah selagi mereka muslim. Namun pihak agensi perlu meletakkan beberapa syarat penting yang mana golongan ini WAJIB mematuhinya.

Tahun lepas saya pernah dihubungi oleh 2 wakil syarikat agensi umrah tanahair, mereka bertanya apakah hukum mereka…

Posted by Syed Shahridzan on Sabtu, 1 Februari 2020

Wajib mengikut hukum asal jantina

Antara syarat yang wajib tunaikan, perserta dari golongan mak nyah wajib mengerjakan umrah berdasarkan hukum asal jantina mereka iaitu lelaki bukan sebagai wanita.

Untuk mengelakkan payudara tiruan mereka kelihatan oleh orang awam ketika memakai kain ihram, maka mereka diwajibkan memakai kain bengkung yang tidak berjahit.

Mereka bukan sahaja hanya wajib berihram seperti lelaki malah wajib berpakaian lelaki di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram.

Mereka tidak boleh berpakaian seperti perempuan walaupun bertudung atau bertelekung.

Satu penghinaan

Malah mereka juga wajib mengerjakan ibadah di ruang solat lelaki, begitu juga tandas yang ingin digunakan mestilah tandas lelaki. Bahkan agensi wajib memastikan bilik penginapan mereka tidak boleh bercampur dengan wanita tulen.

Jika mana-mana agensi umrah tidak menitik beratkan syarat-syarat tersebut atau membiarkan mereka beraksi sama seperti keadaan mereka di tanahair iaitu seperti perempuan, maka ini bermakna pihak agensi telah bersubahat atas perkara mungkar yang dibiarkan berlaku di tanahsuci.

Ini merupakan satu penghinaan yang dilemparkan ke atas kedua-dua tanah haram yang mulia.

[fbcomments]