Masihkah anda ingat dengan satu kes rogol yang kejam dan zalim yang pernah mengejutkan Malaysia sekitar tahun 2013 dimana kes ini bukan melibatkan perempuan seksi atau yang berpakaian menjolok mata atau anak dara.
Mangsa merupakan seorang ibu kepada tujuh orang anak dan bertudung litup telah dipaksa melakukan seks oral, dirogol di dalam sebuah MPV dan semak, dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii serta kemaluannya turut ditusuk dengan kayu dan mangsa juga di paksa minum arak!
4 lelaki mabuk berbangsa India
Perbuatan zalim itu dilakukan oleh 4 lelaki mabuk berbangsa India. Kejadian berlaku di sekitar Klang ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke kilang tempatnya mencari rezeki.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika itu suami mangsa (pemandu teksi) hantar mangsa ke tempat kerja. Tapi tak sampai 10 minit mangsa dihantar ke tempat kerja, telah datang satu lelaki dan tarik mangsa masuk ke dalam sebuah MPV mewah.
Dalam perbicaraan, mahkamah diberitahu, mangsa ternampak kereta dengan bonet terbuka dan seorang lelaki berdiri di sebelah kereta seperti sedang membaikinya.
Lelaki terbabit kemudian berlari ke arah mangsa lalu mengheretnya masuk ke dalam kereta yang ada tiga lelaki lain di dalamnya.
Kesemua lelaki tersebut mengoyak pakaiannya, memaksa dia melakukan seks luar tabii dan merampas beg tangannya.
Selepas itu, dua daripada lelaki itu pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang milik mangsa manakala dua lagi mengawalnya.
Kemaluan dan dubur dirodok hujung botol

Alphard dipandu keliling bandar Klang sementara dia di dalam diliwat macam binatang, tudung dan pakaiannya direntap, rambutnya ditarik dan kepalanya didongakkan, arak dituang ke dalam mulut.
Empat lelaki bertindak macam syaitan! Merogol sambil memperlekehkan mangsa yang merayu mohon simpati. Mereka seperti berparti dengan air mata wanita malang itu!
Tidak cukup itu, kemaluan dan duburnya dirodok hujung botol.
Dibelasah & dirogol lagi beramai2 di semak
Menurut kenyataan dari beberapa sumber, apabila sampai di satu kawasan di Klang, mangsa telah diheret keluar dari Alphard tersebut. Ketika itu keadaan mangsa sudah kepenatan akibaat dirogol beramai-ramai sambil dibelasah.
Tidak cukup di rogol di dalam kereta, mangsa dirogol lagi diatas tanah, berdekatan bukit dan hutan kecil. Pemandu (ikut keterangan dalam court) tidak merogolnya tapi memaksa mangsa melakukan seks oral dengan memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa.

Kemaluan di rodok pula dengan dahan pokok
Mengikut keterangan mangsa, ketika itu keadaan mangsa sudah terlalu lemah untuk melawan. Selepas tubuhnya dikerjakan hampir lunyai, kemaluan mangsa dirodok pula dengan dahan pokok sebesar lengan wanita. Dahan pokok ye, bukan ranting pokok!
Aku tengok gambar exhibit dan ia mengerikan! Air mata aku mengalir dengar keterangan mangsa. Suasana sebak dan trauma memenuhi court kerana keadaan mangsa diperlakukan itu amat sulit dan tak tergambar dek akal waras.
Selepas dirodok dengan dahan, dia ditinggalkan macam kain buruk. Mungkin semua jantan itu ingat dia dah mati, sebab dia pengsan. dia tak ingat berapa lama dia pengsan tapi bila dia sedar, dia tak mampu berdiri. Dia merangkak dan merangkak utk keluar dari kawasan yg dia sendiri tak tahu. – Reporter court
Semangsa ditinggalkan, mangs atelah merangkak sehingga terjumpa satu parit kecil dan ada titi kayu. Semasa mangsa merangkak atas titi kayu tu , mangsa telah terjatuh ke bawah. Masa jatuh tu baru mangsa sedar ada sesuatu pada kemaluan dia.
Walaupun terkejut, namun mangsa gagahkan juga diri untuk tarik keluar dahan yang sepanjang hampir sekaki tu daripada kemaluannya. Ketika itu, darah telah keluar membuak-buak menyebabkan mangsa pengsan serta merta.
Penduduk setempat jumpa dan selamatkan mangsa.
Gara-gara minum arak mahal, tak dapat kawal diri
Menurut kenyataan beberapa akhbar tempatan dan juga wartawan yang menulis kes ini, salah seorang pelaku telah mengaku kesalahan dan dia hanya melakukan seks oral kepada mangsa dan tidak melakukan perkara-perkara lain.

Oleh sebab itu, pelaku seorang ini merupakan OKT (orang kena tuduh) dan tidak didakwa rogol kerana dia tidak merogol dan sepanjang kejadian rogol dalam alphard, dia hanya memandu kenderaan
Difahamkan lagi, OKT tu merupakan anak orang kaya. Mengaku buat macam tu sebab minum arak mahal dan hilang kawalan diri. Salah seorang daripada mereka juga merupakan seorang pelajar IPT!
Penjara 28 tahun & sebat antara 14 dan 20 kali
Bagi tuduhan merogol mangsa yang berusia 38 tahun itu, ketiga-tiga mereka dipenjara 28 tahun dan sebatan lima kali setiap seorang.
Hukuman penjara juga dikenakan atas kesalahan memasukkan sebatang kayu ke dalam kemaluan mangsa sehingga wanita itu terpaksa menerima 10 jahitan.
Kesemua lelaki terbabit turut dihukum penjara 15 tahun dan sebatan lima kali bagi tuduhan mendatangkan cedera parah kepada mangsa menggunakan dahan kayu. Juga dihukum penjara tujuh tahun bagi kesalahan menculik dan melarikan mangsa.
Kesemua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak iaitu penjara 28 tahun.
Mangsa mengalami trauma

Ketika hadir ke mahkamah bagi membacakan kenyataan impak kesalahan terhadap mangsa (VIS), mangsa menangis dan mengakui trauma dengan apa yang terjadi.
Saya malu dan takut untuk keluar dari rumah, bibir saya terkoyak kerana dibelasah, saya terpaksa minum menggunakan straw selama dua minggu dan mengalami kesukaran untuk makan.
Apa dosa saya pada mereka sehingga mereka sanggup memperlakukan saya seperti binatang?
Malah, akibat daripada perbuatan kejam itu juga mangsa mengalami masalah untuk melakukan hubungan intim dengan suaminya.
Untuk makluman, bagi kes rogol mahkamah bersidang secara tertutup. tiada orang awam dibenarkan masuk melainkan wartawan. Itupun aku tak dibenarkan menulis. hanya boleh dengar dan ingat. Nama mangsa dirahsiakan jika mahu buat berita.
Oleh sebab itulah arak haram dalam islam. Arak merbahaya kepada masyarakat dan sering menjadi pencetus kepada perkara-perkara yang tidak baik!
Sumber : Utusan Malaysia , The Star dan Nor Khalilah Gusti (reporter court)