fbpx

Setiap wanita mahupun lelaki mesti mempunyai rasa mahu bahagia disamping pasangan mereka sendiri. Namun apabila kehilangan orang tersayang telah membuatkan diri tidak mampu untuk membahagiakan diri sendiri tetapi harus bertahan demi orang sekeliling.

Itulah yang terjadi oleh seorang ibu yang berusia 47 tahun, dikenali sebagai Suzzanne Anton mengiklankan dirinya di laman sosial Twitter untuk mencari teman hidup baharu.

Percubaan Kedua Dalam Mencari Pasangan

“Ini kali kedua saya mencari pasangan. Sedikit malu sebab saya dah tua tapi saya layak untuk bahagia juga”, menurut kapsyen yang ditulis oleh Suzzanne.

“Saya gemar memasak, melancong dan bersenam di gim selain bekerja di sebuah syarikat sebagai eksekutif kanan”, antara perihal dirinya.

Beliau juga menekankan beberapa kriteria pasangan idamannya selain mendedahkan perihal diri. Berdasarkan perkongsiannya itu, ibu kepada lima orang anak ini berasal dari Petaling Jaya, Selangor memberitahu kesemua anaknya sudah melewati usia remaja.

Sudah Bercerai Pada Tahun 2019

Berdasarkan sesi temu ramah Suzzanne bersama Mstar, beliau memaklumkan bahawa dia dan bekas suami telah sah bercerai pada 25 Februari 2019.

Beliau juga meluah pada penghujung tahun 2019, beliau mengalami kemurungan yang teruk disebabkan penceraian dan juga serangan penyakit jantung yang dihidapnya. Suzzanne turut memperjelas bahawa anak-anaknya adalah tanggungannya sendiri apabila menyedari segelintir netizen beranggapan beliau mencari suami demi membantu urusan kewangan.

Menurut Mstar, wanita ini menyatakan bahawa anak sulungnya baru sahaja mula bekerja manakala anak keduanya kini berumur 19 tahun.

Reaksi Warganet Di Twitter

Menjengah di ruangan komen laman Twitter, rata-rata warga maya mendoakan yang terbaik untuk diri Suzzanne agar semua urusannya dalam pencarian jodoh dipermudahkan.

Kredit: Mstar, Twitter SuzzanneAnton

[fbcomments]