Gara-gara enggan membuatkan makanan untuk adiknya, si ibu tergamak menyiram anak kandungnya sendiri dengan air panas dan mencukur rambutnya serta melemparkan periuk ke arah anaknya itu. Kejadian berlaku di Indonesia.

Difahamkan si ibu terlalu kesal dengan mangsa yang baru sahaja berusia 10 tahun itu kerana menolak permintaannya untuk buatkan makanan kepada adiknya.

Oleh kerana bengang, si ibu terus bertindak diluar batasan sehingga tergamak menganiaya anak kandung sendiri.

Menurut laporan media Indonesia, pelaku telah mencukur rambut anaknya itu dan turut menghentak kepala anaknya ke dinding.

Pelaku telah mengambil anaknya dan menghantukkan kepalanya ke dinding sebanyak tiga kali.

Selepas itu, pelaku telah melemparkan kuali ke arah anaknya.

Lalu menyiramnya dengan air panas yang berada di dalam termos, hingga kulitnya melepuh dan kemerahan.

Kejadian itu telah dihidu oleh nenek si mangsa dan terus bertindak melaporkan tindakan wanita itu (anaknya) kepada pihak polis.

Pihak polis sempat memeriksa keadaan psikologi pelaku dan mendapati bahawa pelaku tidak mengalami sebarang gangguan mental.

[fbcomments]