Tergamaknya si anak apabila sanggup meninggalkan ibunya bersendirian di tepi jalan. Kisah menyayat hati ini, dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor menerusi satu status di laman Facebook.


Apa yang lebih memilukan ialah warga emas itu turut dibekalkan dengan lampin pakai buang dan beg pakaian yang memberi tanda sudah ‘dibuang’ oleh keluarganya.

Susulan daripada itu, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor serta Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat, tampil menghulurkan bantuan kepada warga emas ini.

Hasil siasatan mendapati dia merupakan asnaf fakir kami dan masih mempunyai keluarga. Usaha menghubungi keluarga berjaya dilakukan namun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris yang sudi menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan.

Anak-anak enggan ambil ibu

Selain kaki kudung, warga emas tersebut turut mengalami masalah ingatan. Susulan daripada itu, warga emas itu telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.


Pihak polis menggunakan bidang kuasa mereka dengan menghubungi anaknya serta akan menjalankan sesi rundingan mengikut kepakaran mereka. Anaknya bersetuju akan hadir ke balai polis untuk mengambil ibu ini kembali.

Namun, sekitar jam 3 pagi, anaknya membuat keputusan tidak boleh menjaga ibunya lagi dan pihak polis terpaksa menghubungi pusat jagaan warga emas yang datang menaiki ambulans untuk membawa ibu ini ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.

Si ibu masih mendoakan yang terbaik

Walaupun, diperlakukan sedemikian oleh anaknya, warga emas ini masih kuat berdepan dengan dugaan tersebut dan masih boleh mendoakan yang terbaik buat anaknya.

Anak acik baik orangnya.

Kini, warga emas ini telah diserahkan kepada Pusat Jagaan Warga Emas yang akan ditanggung oleh pihak Zakat Selangor. Pada masa yang sama, anak-anak kepada warga emas ini juga bersetuju supaya ibu mereka ditempatkan di situ bagi mendapatkan penjagaan yang lebih baik.

[fbcomments]