Seperti yang kita semua maklum, baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat.
Untuk membantu lebih 20,000 peniaga mikro
Menurut Muhyiddin, kerajaan bersetuju membuka semula permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober ini bagi memastikan lebih ramai peniaga mikro mendapatkan inisiatif terbabit. Ianya khusus untuk mereka yang tidak sempat memohon atau baru mendaftar perniagaan pada tahun ini.

Pembukaan semula inisiatif GKP untuk permohonan baharu dijangka dapat memanfaat lebih daripada 20,000 peniaga mikro dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM600 juta.
Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah sebanyak RM3,000 secara one-off.
Perlu berdaftar dengan SSM
GKP dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga 31 Ogos lalu.

Siapakah yang layak memohon GKP 2.0?
Setiap pemohon perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP sebelum ini
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
(PKS) mikro seperti berikut:
Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
Jumlah pekerja sepenuh masa tak melebihi 4 orang tak masuk
pemilik
d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
atau pada 31 Ogos 2020 atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.