fbpx

Imam dari Masjid Abbad, Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.

Beliau yang sering menjadi imam jemputan pada bulan Ramadan di Malaysia sempat memberikan ucapan dalam dalam Bahasa Melayu walaupun kurang fasih.

Menurut Mohammad Sharif, beliau menunaikan permintaan beberapa sahabatnya di Malaysia yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat di negara ini.

SAMA-SAMA KITA AMINKAN DOA IMAM INI

Ya Allah.. Terharu bila Imam Mekah turut sama mendoakan negara kita..Sama-sama lah kita Aminkan doa ini.. Di akhir video beliau ada berikan beberapa doa untuk amalan kita bersama.. Semoga #Covid19 segera lenyap dari negara kita.. 😢😢Like/Follow > Cerita Rakyat TV

Posted by Zahida Zarik Khan on Rabu, 1 April 2020

“Mereka minta imam (saya) doa untuk Malaysia, Allah selamatkan kita daripada bala wabak koronavirus. Mohon dengar dan kongsi video ini,” katanya.

Pada penghujung video berdurasi empat minit itu, beliau memberikan beberapa amalan dan zikir harian serta surah al-Quran untuk diamalkan sebagai pelindung daripada wabak.

[fbcomments]