Bermula esok, 27 September hingga 10 Oktober 2020, individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan COVID-19 dan diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Arahan iti telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mereka semuanya akan diberi surat HSO, dipakaikan gelang kuarantin dan tarikh pengawasan pula bermula dari tarikh ketibaan sehingga keputusan makmal diperolehi.

Malah aktiviti saringan juga akan dijalankan apabila mereka baru tiba dari Sabah di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Tiada caj dikenakan untuk jalani pemeriksaan

Tambah beliau, saringan ke atas individu baik warganegara atau bukan warganegara yang pulang dari Sabah itu turut dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.

Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa.

Ia berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa tersebut dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.

Ini kerana Sabah terus menyaksikan peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara.

[fbcomments]