Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia susulan penularan wabak Covid-19 turut memberi kesan kepada penutupan premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting negara (essential services).

Berikut antara sektor perkhidmatan yang tidak ditutup dalam tempoh berkenaan, bermula Rabu hingga 31 Mac depan:

1) Air
2) Elektrik
3) Tenaga
4) Telekomunikasi
5) Pos
6) Pengangkutan
7) Pengairan
8) Minyak
9) Gas
10) Bahan api
11) Pelincir
12) Penyiaran
13) Kewangan
14) Perbankan
15) Kesihatan
16) Farmasi
17) Bomba
18) Penjara
19) Pelabuhan
20) Lapangan terbang
21) Keselamatan
22) Pertahanan
23) Pembersihan
24) Peruncitan
25) Bekalan makanan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara ini menerusi pengumuman khas yang yang disiarkan pada Isnin malam.

Pengumuman ini dibuat susulan daripada peningkatan jumlah pesakit Covid19 yang mencecah 553 kes di negara ini, setakat Isnin petang.

[fbcomments]