fbpx

Pelakon berdarah kacukan, Natasha Hudson mencuri tumpuan netizen apabila dia memuat naik posting mengenakan gaun berwarna putih yang menampakkan sebahagian bahunya (off shoulder).

Menurut laporan Utusan Malaysia, gaun tersebut dipakai olehnya sebagai wajah dan ikon produk ketika melancarkan sebuah produk bersama pelakon kacak, Keith Foo.

Apa yang tak kena dengan baju ni?

Fuhh agak kecoh jugalah para netizen semalam bercerita mengenai busana dipakai oleh pelakon Natasha Hudson ini.

Mana tidak nya, dia tampil dengan busana seolah-olah menampakkan bahagian bahu (off shoulder) walaupun dia ada memakai baju berwarna kulit dibahagian dalam.

Memang teruk jugalah dia dikecam kerana dia merupakan seorang wanita yang bertudung dan pakaian tersebut sepertinya tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, beliau enggan melayani kata-kata netizen, Natasha menjelaskan rekaan fesyen Rizman Ruzaini itu sebenarnya mempunyai fabrik yang mengikut warna kulit si pemakai.

Apa yang tak kena dengan baju ni? Ada kain guys, janganlah tertipu dengan warna kain ni. Sabar, ianya berlapik. KIta mengikut tema glamour yang dianjurkan penganjur. Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini pelancaran produk.

Lagipun saya bukan selalu bergaya. Mereka dah sediakan semua, jadi saya ikut saja. Ada tatarias, dan mereka tahu apa yang mereka lakukan.

Rizman Ruzaini turut terkejut!

Berikutan itu, Rizman Ruzaini yang merupakan pereka busana tersebut mengakui turut terkejut apabila mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai oleh selebriti bertudung.

Memetik laporan Kosmo! Online, dress berwarna putih itu telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi dalam talian pada Oktober lalu.

Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.

Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seorang yang berhijab.

Selain itu, Rizman juga mengakui tindakan penatarias pelakon tersebut sedikit sebanyak telah menjatuhkan reputasi jenamanya yang telah bertapak lebih sedekad lalu.

Direka khas buat wanita free hair!

Dia yang telah banyak menghasilkan busana untuk ramai selebriti berhijab sudah ‘alert’ mengenai fesyen bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

Menurutnya lagi, busana tersebut sebenarnya memang direka khas olehnya untuk wanita yang tidak bertudung.

Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu Natasha yang memakai baju itu kerana dia berhijab. Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha.

Dalam masa yang sama, Rizman juga sempat menegur penatarias majlis tersebut agar lebih peka terutama bagi menjaga imej seorang wanita muslimah yang berhijab.

[fbcomments]