Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan pertengkaran antara seorang pemandu kereta dan seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital, dipercayai berpunca daripada isu parkir di kawasan larangan.

Video tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas pengawal terbabit dilihat menuntut bayaran RM10 secara tidak jelas.

@yes_iman

Kalau korang sanggup bayar atau sanggup clamping? Yee salah tetap salah, tapi kenapa tak clamp?πŸ€” πŸ“ Hospital Kajang

♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil

“Ini Rasuah” – Minta RM10 Sebab Tak Clamp Kereta, Tindakan Pengawal Keselamatan Buat Lelaki Bengang

Rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok bernama Iman Kamil memaparkan dirinya ditegur oleh pengawal keselamatan selepas meletakkan kenderaan di kawasan yang didakwa tidak dibenarkan. Pengawal tersebut menegaskan bahawa lokasi tersebut telah beberapa kali menjadi bahan aduan kepada pihak pengurusan hospital dan menyatakan kenderaan yang diletakkan di situ sepatutnya dikenakan tindakan ‘clamp‘.

Walaupun Iman sudah memohon maaf dan menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui kawasan itu dilarang untuk parkir, pengawal berkenaan tetap menegaskan bahawa permohonan maaf tidak mencukupi. Situasi menjadi lebih tegang apabila pengawal itu tiba-tiba meminta bayaran sebanyak RM10 daripada Iman tanpa menjelaskan alasan sebenar bayaran tersebut diminta.

β€œAt least kesian sayalah, bagi RM10,” kata pengawal tersebut dalam rakaman tersebut, namun tidak menyatakan tujuan wang itu diperlukan.

Respon terhadap permintaan tersebut mendapat reaksi kurang senang daripada Iman yang menyifatkan tindakan itu seolah-olah satu bentuk rasuah. Beliau turut mempersoalkan mengapa pihak keselamatan tidak menyediakan kon atau notis yang jelas sebagai tanda larangan meletakkan kenderaan di kawasan berkenaan.

β€œKalau nak clamp, clamp sajalah. Buat ikut undang-undang,” kata Iman sebelum mengakhiri video dengan meninggalkan kawasan tersebut.

Video tersebut mengundang pelbagai komen daripada netizen, rata-rata menyokong tindakan Iman dan menggesa agar laporan dibuat kepada pihak berkuasa bagi menyiasat kemungkinan wujudnya unsur salah guna kuasa atau kutipan β€˜duit tepi’ oleh pengawal keselamatan.

Kredit: TikTok yes_iman

 

 

 

[fbcomments]