Semalam, viral beberapa foto mengenai seorang lelaki yang dikatakan mempunyai iras wajah seperti pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan. Posting yang dimuat naik oleh Fendi Ismail ternyata mencuri tumpuan masyarakat terutama golongan wanita yang teruja akan kekacakan wajahnya.

Namun begitu, keterujaan tersebut hanyalah seketika kerana segelintir netizen berjaya ‘membongkar’ wajah sebenar Shah Rukh Khan versi Temerloh itu!

Bila lihat wajahnya, tidak dinafikan bahawa, gambar lelaki yang berasal dari daerah Temerloh ini mempunyai wajah yang seiras dengan pelakon berkenaan.

Difahamkan lelaki ini merupakan seorang penebar roti canai dan juga AJK Masjid Temerloh.

Hanya menggunakan aplikasi ‘face app’

Menerusi Twitter, netizen meluahkan perasaan kecewa kerana lelaki tersebut menggunakan aplikasi ‘face app’ untuk mengubah wajah menjadi seperti pelakon berkenaan dan hanya sekadar suka-suka.

Terbaru, Fendi meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana percaya wajahnya seiras pelakon Bollywood itu. Tambahnya, ianya sekadar hiburan. Di samping itu, dia memberitahu sejak viral foto tersebut, ramai orang ingin jadi pengikutnya di media sosial.

[fbcomments]