Raysya’s Homestay ada berkongsi di laman facebooknya mengenai sikap seorang instafamous dan pelakon yang telah membuat kerosakan semasa menyewa homestay nya yang terletak di Pahang.
Difahamkan setelah mereka keluar, pekerja homestay tersebut terperanjat melihat keadaan homestay yang teruk dan berlaku banyak kerosakan.
Bukan itu sahaja, malah mereka juga turut tidak mahu menjelaskan baki wang penginapan sebanyak RM100 dan cuba mengelak setiap kali dihubungi oleh pihak homestay tersebut.
Jelas pemilik homestay tersebut, mereka telah melakukan banyak kerosakan seperti mengubah kedudukan perabot, hisap rokok dalam rumah, minum arak, memecahkan sinki bilik air, merosakkan set BBQ, tilam koyak.
Guest tersebut adalah melayu Islam. Adik, kakak, seorang budak lelaki. 2 orang lelaki dewasa. Mungkin juga ada orang lain yang saya tidak tahu.
Kakak seorang instafamous ada 13k followers. Si adik pelakon pembantu drama 20 episod di TV3.
Malah kisah instafamous ini juga pernah tular pada tahun lepas dengan kerana kes hidup mewah dengan hasil menyamun.