fbpx

Hari raya sememangnya merupakan hari untuk bermaaf-maafan disamping mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Memberi duit raya, menjamu tetamu dengan juadah raya dan kuih-muih merupakan aktiviti yang sering diadakan.

Pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar turut mengambil peluang ini untuk menyantuni pembantu rumah mereka.

Melalui video yang dikongsikan di Instagram story, pasangan itu telah menghadiahkan sebuah telefon pintar jenama iPhone buat pembantu rumah mereka sempena sambutan aidilfitri.

Pasangan itu telah bermaaf-maafan bersama dua pembantu rumah sebelum suami Emma menghulurkan iPhone kepada mereka dan menitip pesan agar kekal rajin bekerja dan tidak bergaduh sesama sendiri.

“Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Saya minta maaf kalau ada salah silap ya. Sama-sama ada iPhone baru, sama rata. Duit raya tak ada tahun ini,” ujar Shazli.

Cium anak berkali-kali

Pembantu rumahnya sangat teruja akan pemberian iPhone tersebut dan bertindak mencium anak aktres berkenaan , Sharieq Qabriel berkali-kali.

Tindakan Emma Maembong menyantuni dan melayani pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri dipuji ramai.

Sekadar info, Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, Emma dan Shazli dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

[fbcomments]