fbpx

Penampilan seorang individu yang memakai kostum Iron Man ketika membeli barangan di Pasar Donggongon baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

Menerusi laman sosial Facebook, Yohan Charles, berkata, bukan mudah untuk memandu kenderaan pergi ke pasar dengan memakai kostum adiwira itu, namun dia lakukannya bersebab.

“Saya memakai kostum Iron Man bukan mahu populariti, tetapi saya mahu menyebarkan kegembiraan kepada orang ramai.

“Semua tahu saya orangnya bagaimana, saya ceria dan mahu orang lain pun begitu.”

Jelasnya, dia ke pasar tersebut bagi membeli barangan keperluan untuk disumbangkan kepada 15 orang rakan alumni sekolah yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

[fbcomments]