fbpx

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea sering mendapat perhatian netizen lebih-lebih lagi apabila telah menanggalkan tudung baru-baru ini.

Menerusi perkongsian terbaru di TikTok, usahawan berusia 21 tahun itu mengaku mempunyai angan-angan menjadi K-pop idol kerana merasakan dirinya seperti Rosé Blackpink.

Kenapa saya nak feeling-feeling jadi K-Pop Idol sebab saya rasa saya macam Rosé,”katanya sebelum tergelak.

Anis yang dilantik menjadi duta produk kecantikan jenama tempatan itu telah menjawab beberapa soalan didalam hantaran yang sama.

@laurelbofficial Introducing our Malaysian Sweetheart @anis sofea for Mixberry Sachets Limited Edition. Thanks so much for those yang keep on supporting Sofea & us. Let’s train our mind to see the good in every situation and try to be a rainbow in someone’s cloud ya. 😍 Anyway, today is the day! Let's get yours now by clicking the link in bio. Love! ❤️ #fypシ #fypシ゚viral #foryoupage #mixberry #mixberrypowder #foryou #viral #trending #anissofea #anissofeaz #isterihaqiemrusli #fyp ♬ Chill Vibes – Tollan Kim
“Pengalaman hari ni (sesi fotografi) sangat best sebab macam konsep Korean, saya pun memang minat K-Pop. Paling saya minat dalam Blackpink ialah Rosé.
“Karakter dia sangat feminin dan lembut, saya suka personalitinya. Kenapa saya ‘feeling’ nak jadi K-pop idol sebab saya rasa saya macam Rosé,” katanya sambil ketawa.

Menjengah ruangan komen, kebanyakan netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan Anis itu yang dianggap terlalu yakin.

Malah ada yang berkata, wajah Anis lebih mirip kepada usahawan sensasi Kak KM.

Terdahulu, Anis atau nama penuhnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri menerima kecaman hebat apabila tidak lagi mengenakan hijab menerusi beberapa perkongsian foto selepas sambutan Hari Raya lalu.

Sumber: TikTok @laurelbofficial

[fbcomments]