Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan tentang seorang lelaki hadir ke majlis graduasi arwah isterinya sebagai wakil untuk mengambil segulung ijazah milik arwah isteri tercinta. Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah Universiti di Indonesia dan difahamkan isterinya meninggal dunia selepas melahirkan anak.
Isteri Meninggal Dunia Selepas Lahirkan Anak
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @rubah_putih di laman TikTok, beliau berasa hairan dan pelik apabila dia terlihat seorang lelaki yang tidak memakai pakaian rasmi di hari graduasi seperti calon mahasiswa yang lain. Lelaki tersebut yang kelihatan berambut panjang mengenakan kemeja-T lengan pendek sambil memegang gambar seorang wanita sebelum menaiki ke pentas.
Pada awalnya, majlis graduasi mereka disambut dengan meriah dan ceria, namun keadaan bertukar menjadi hiba apabila terdengar pengumuman sedih yang disampaikan oleh pengacara majlis. Difahamkan, lelaki yang dipaparkan dalam video tersebut membawa gambar potret arwah isterinya yang meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka.
Netizen Turut Sedih Dengan Situasi Tersebut
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa pilu dan sedih dengan pemergian isteri kepada lelaki terbabit, sejurus kagum dengan kekuatan yang beliau tunjukkan.


Kredit: TikTok rubah_putih