Kisah seorang gadis bernama Aliya Mysara, usia masih muda sudah disunting menjadi isteri orang ini telah telah viral di media sosial sehingga menarik perhatian netizen.
Tapi apa yang lebih menariknya lagi ialah…..
Sedia menjadi isteri kedua
Aliya Mysara yang berusia 18 tahun itu telah sah menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang berumur 34 tahun.
Apa yang lebih menjadi tumpuan ialah gadis tersebut telah ‘bersanding’ sekali bersama madunya yang berusia 26 tahun di atas pelamin yang sama!
Bukan itu sahaja, mereka turut mengenakan busana pengantin yang sedondon!
Sementara itu, gadis ini berharap agar dia dan madu dapat menjaga suami mereka dengan sebaiknya selain meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan buat mereka bertiga.