fbpx

Ahli Parlimen PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh memohon maaf atas kenyataan tentang kitab Injil yang diikuti penganut Kristian, malah menjelaskan niat di sebalik kenyataannya itu.

Niat saya nak pertahankan kitab Injil

Wakil rakyat Pasir Puteh itu memohon maaf sekiranya kenyataannya mengatakan kitab Injil sudah “dipesongkan ataupun diubah” itu telah menggores perasaan. Malah beliau turut mengatakan yang beliau tidak berniat memburukkan mana-mana agama.

Untuk elak kekeliruan yang berlaku, saya sebutkan bahawa isu membabitkan kitab Injil ini bukan sahaja isu membabitkan penganut agama Kristian. Kami umat Islam juga beriman dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, itu adalah akidah yang kami pertahankan.

Saya sebut dipesong atau dipinda itu, tujuan saya untuk mempertahankan keaslian Injil yang ada supaya mana-mana kitab yang diturunkan itu tidak ada sebarang perubahan.

Akui telah menyentuh sensitiviti agama Kristian

Namun walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Puteh tersebut mengakui bahawa kata-katanya itu telah menyentuh sensitiviti penganut agama Kristian.

Oleh itu, beliau memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menegaskan tiada niat untuk menyentuh sensitiviti penganut agama Kristian.

22 laporan polis telah dibuat

Terdahulu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii bangkit mengemukakan notis meminta supaya Nik Muhammad Zawawi memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Pasir Puteh telah menyatakan pandangan beliau daripada kaca mata Islam, sebagai pandangan akidah Islam. Dalam hansard, beliau tidak sama sekali berhasrat burukkan mana-mana agama.

Namun dalam kehangatan perdebatan, Pasir Puteh guna perkataaan ‘dipesongkan’ dan ‘diubah’ yang mengguris hati penganut beragama Kristian. Saya minta Pasir Puteh mohon maaf dan tarik balik perkataan tersebut.

Malah difahamkan, sekurang-kurangnya 22 laporan polis telah dibuat di seluruh negara atas kenyataan itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador turut mengesahkan kertas siasatan telah dibuka

[fbcomments]