Isteri kepada penyanyi Cat Farish, Suriani Hassan sebelum ini memaklumkan dia masih tertanya-tanya sebab dia diceraikan dengan tiga kali lafaz, tanpa sebab.
Suriani Hassan,36 telah diceraikan pada 13 Disember lalu walaupun baru 2 tahun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi itu.
Dalam laporan mStar, Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, 46 berkata, dia masih dalam proses membaiki diri dan berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buat dia dan isteri.
“Saya taknak memberi komen kerana situasi pun sedang panas. Saya tak mahu ada salah faham di antara kami yang mengeluarkan kenyataan mengikut emosi.”
Mengenai dakwaan isterinya yang dia sudah diceraikan dengan tiga kali lafaz, sekali lagi Cat enggan mengulas lanjut.
“Soal lafaz itu sah atau tidak biar mahkamah tentukan pada 16 Januari 2023 nanti. Saya perlu dapatkan pengesahan daripada pihak mahkamah dan bertanya apakah yang harus saya lakukan.”
“Saya minta doa yang baik-baik. Sekarang ni saya tidak mahu cakap apa-apa. Lepas hari perbicaraan nanti baru kami boleh ambil keputusan,” tambahnya lagi.
Cat dan Suriani mendirikan rumah tangga pada 20 November 2020. Sepanjang perkahwinan tersebut, Suriani pernah mengandung dua kali namun keguguran dan masih belum menerima cahaya mata.
Sebelum ini, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar,11.