fbpx

Model dan pelakon Rita Rudaini telah mengingatkan bekas suami rakan pelakon Lufya Omar, Dr Che Hafiz untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam membayar nafkah anak perempuan mereka Laana Haura.

Ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini mengatakan bahawa dengan adanya teknologi, akan lebih mudah untuk membuat pembayaran. Malah Dr Che Hafiz seharusnya perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik.

“Hidup di zaman canggih moden ni macam-macam cara dan cabang nak bagi nafkah kat anak. Nak bagi dengan tak bagi ja. Tapi jangan la berdrama kata bagi sebenarnya hado.”

Kata Rita, tanggungjawab sebagai bapa haruslah dipikul dan jangan diabaikan walaupun tengah mengisi masa lapang bergembira di luar sana.

“Tanggungjawab sebagai bapa ni tak perlu kena pi bayar masuk koleh belajar. Kalau rasa diri tu manusia, jadi la sebagai seorang manusia. Kalau tak reti tanggungjawab, jangan jadi manusia. Tukar la jadi tapir ka, tenuk ka, khinzir ka.”

Pelakon itu juga dikatakan seperti perli bekas suami Lufya Omar agar dia sedar akan kesilapannya jika tidak menggalas tanggungjawab berkenaan.

[fbcomments]