Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mengenakan kostum menyerupai ikan duyung menari di hadapan sebuah gerai air balang, dipercayai berlaku di Pengkalan Chepa pada Ahad.
Rakaman berdurasi 26 saat itu kemudiannya tersebar luas di media sosial. Dalam video berkenaan, lelaki yang memakai kostum berwarna terang itu dilihat berjoget di kawasan hadapan gerai, dipercayai sebagai strategi untuk menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan jualan minuman.
@hmetromy Tular video yang menyaksikan seorang lelaki berpakaian seperti duyung sambil berjoget di hadapan sebuah gerai menjual air balang dipercayai di Pengkalan Chepa.
‘Lelaki Duyung’ Berjoget di Gerai Air Balang, JAHEAIK Ambil Tindakan
Tindakan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang menyifatkannya sebagai keterlaluan serta tidak sensitif memandangkan ia berlaku dalam bulan Ramadan, selain dianggap kurang menghormati norma masyarakat setempat.
Susulan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) memaklumkan pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan sedang mengesan individu terbabit bagi membantu siasatan lanjut. Menurut pihak jabatan, sebarang pelanggaran undang-undang syariah atau perlakuan tidak sopan di tempat awam boleh dikenakan tindakan sewajarnya.
![]()
Orang ramai turut dinasihatkan supaya mengelakkan perbuatan yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat, khususnya sepanjang Ramadan yang menuntut umat Islam menjaga adab dan sensitiviti.
Dalam perkembangan sama, warganet menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mempertimbangkan penarikan lesen perniagaan gerai terlibat selain mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan.
Kredit: Sinar Harian, Harian Metro