fbpx

Pada Sabtu lalu, artis Korea terkenal Lee Seung Gi mencuri perhatian ramai apabila dia tampil dengan imej botak di Majlis 2022 KBS Drama Awards.

Terdapat pelbagai gosip yang mengatakan artis tersebut berbuat demikian kerana konflik yang dihadapi bersama bekas agensinya, Hook Entertainment.

Dia pantas meleraikan spekulasi itu sewaktu menerima Best Couple Award dengan menjelaskan sebab disebalik penampilan barunya itu.

“Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin menjelaskan kenapa saya memotong rambut. Ramai yang membuat spekulasi saya berbuat demikian kerana masalah peribadi.

“Sebenarnya, saya sedang menjalani penggambaran filem. Saya membawa watak sebagai seorang sami”

Lee Seung Gi meminta agar peminat tidak pelik dengan imej barunya itu. Jelasnya, ianya hanyalah untuk menjayakan filem barunya yang sedang dalam tempoh penggambaran.

Kredit: SBS

“Saya berharap anda tidak salah faham. Ramai memandang saya dengan pandangan sedih, yang mana saya rasa tidak perlu,” tambah pelakon lelaki itu lagi.

Sebelum ini, Lee Seung Gi telah memfailkan saman terhadap Hook Entertainment selepas didakwa menipu pelakon berkenaan dalam keuntungan kariernya selama bertahun-tahun.

CEO Hook Entertainment, iaitu Kwon Jin Young telah terbukti mencuri berjuta keuntungan dari pelakon tersebut dan menghasut artis itu bahawa dia tidak membawa keuntungan sebagai seorang artis.

[fbcomments]