fbpx

Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020, kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat.

Melalui program ini, setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun layak menerima RM30 kredit dompet digital atau eWallet.

Penebusan boleh dibuat bermula 15 Januari 2020 dan akan tamat pada 14 Mac 2020.

Antara dompet digital yang terpilih bagi perlaksanaan program ini ialah Touch n Go eWallet, Boost dan juga GrabPay.

ETUNAI RAKYAT 2020

Sebelum itu, pastikan anda sudah memiliki akaun dompet digital tersebut.

Caranya anda hanya perlu download di Google Play Store (bagi telefon pintar Android) atau App Store (bagi telefon pintar iPhones), daftar dan buat pengesahan IC untuk menggunakannya.

Kemudian anda boleh buka e-wallet anda, klik pada bahagian e-Tunai Rakyat di laman utama e-wallet, dan ikuti setiap arahan yang diberi.

Anda akan menerima RM30 sehari selepas identiti anda disahkan benar. RM30 ini tidak boleh dikeluarkan mahupun dipindah kepada pihak lain. Ini kerana tujuan utama program ini bagi menggalakkan penggunaan e-Wallet.

Baguskan? Jadi apa yang anda tunggu? Muat turun salah satu e-Wallet sekarang juga!

[fbcomments]