Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias minta orang politik agar berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan terutama yang melibatkan susuk tubuh Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap kenyataan bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu yang mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai pelarian.

Minta orang politik ni berhati-hati sikit bila bercakap, jangan main sedap mulut je buat analogi. Apa ke hal disamakan Nabi SAW macam pelarian?

Fahami makna pelarian, refugee dan hijrah baik-baik. Main sedap mulut je nak cakap

Minta orang politik ni berhati2 sikit bila bercakap.. jgn main sedap mulut je buat analogi. Apa ke hal disamakan Nabi…

Posted by Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias on Isnin, 27 Julai 2020

Sementara itu, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan turut membidas kenyataan tersebut sambil menyifatkan kedatangan Nabi Muhammad SAW ke Madinah atas jemputan masyarakat di sana.

Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- seorang utusan Allah Ta’ala yang berhijrah ke Madinah atas perintah Tuhannya bukan disebabkan tidak tahan dengan seksaan di negeri sendiri.

Jikalau Baginda ingin menjadi pelarian sudah lama Baginda melakukan demikian namun Baginda bertahan selama 13 tahun lamanya dengan pelbagai cabaran.

[fbcomments]