fbpx

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman penting 6 petang ini susulan kenaikan kes mendadak COVID-19 yang mencatat empat angka setiap hari.

Pada 8 Januari lepas, Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri berkata pengumuman oleh perdana menteri itu adalah bagi memaklumkan tindakan yang bakal diambil Kerajaan Persekutuan susulan situasi semasa penularan jangkitan COVID-19.

Insya-Allah satu pengumuman akan dibuat oleh perdana menteri dalam masa terdekat bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan. Sementara itu, saya ingin ingatkan seluruh rakyat dan diri sendiri untuk terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan

Menurut Astro Awani, PM akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, khusus bagi negeri yang dikategorikan sebagai zon merah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, dan Johor.

Ismail Sabri turut memaklumkan jumlah katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 tidak akan mencukupi sekiranya kes harian mencecah 5,000 atau 8,000, dan amat sukar untuk kerajaan mengatasi masalah berkenaan.

[fbcomments]