Nama Janna Nick menjadi topik bualan hangat di Twitter apabila Janna lantang menyatakan pendapat tentang topik ‘work-life balance’.

Video sorotan dari podcast Studio Sembang menampilkan Janna yang merupakan tetamu jemputan sedang ditemubual oleh Amelia Henderson.

Kata Janna, dia hanya mampu mencapai work-life balance apabila mencapai sasaran dalam hidupnya pada usia 28 tahun.

“I macam perasan yang generasi masa sekarang mahu ada ‘work-life-balance’.

“Sorry ya, aku ‘work-life-balance’ tu masa umur aku 28 tahun, sekarang. Lepas aku dah ada certain amount (duit), lepas aku dah beli dua rumah, lepas aku dah ada kereta.

“Saya tidak cakap ini untuk berlagak, tapi saya boleh rileks sekejap selepas saya ‘secure’ certain things dalam kehidupan saya.

Jangan terfikir untuk ada work-life balance

“Kalau kau masih belum capai ‘first goal’ dalam kehidupan, janganlah terfikir untuk ada ‘work-life-balance’,” demikian menurut Janna.

Perkara itu mengundang pelbagai kecaman dan pendapat dari orang ramai.

“Dia gelak betul-betul lepas cakap generasi sekarang nak kan work-life balance. Apa yang kelakar pasal tu?”

Matlamat hidup masing-masing lain

Amelia Henderson tampil menyokong rakannya itu. Padanya, kenyataan Janna hanya berkisar tetang kehidupan pelantun lagu Gatal itu sahaja.

Sumber: Twitter

[fbcomments]