Janna Nick,27 seorang pelakon dan juga penyanyi akhirnya membuka mulut tentang kisah percintaannya dengan pelakon, Dini Schatzmann yang dikatakan telah putus ditengah jalan.
Ramai yang membuat spekulasi bahawa mereka tidak lagi bersama, namun ada juga yang mengatakan ianya merupakan gimik semata-mata untuk single terbaru artis tersebut.
Artis wanita itu telah mengeluarkan single terbaru berjudul Mentari Setia yang merupakan karya ciptaannya bersama Ippo Hafiz. Lagu ini ialah single keenam Janna yang dihasilkan ketika pelbagai spekulasi hubungan cintanya dengan Dini diperkatakan.
Dalam termubual bersama Melodi TV3, Janna berkata,
“Kalau tanya saya sekarang, betul ke dah putus cinta, jawapan saya ‘no comment.’ Dengarlah lagu yang saya keluarkan, itulah luahan hati saya. Muzik video itu adalah cerita yang sebenar”
Ketika ditanya adakah benar dia hanya menggunakan pubisiti putus cinta untuk mempromosikan lagu itu, Janna mempunyai jawapannya tersendiri.
“Kalau saya penyanyi itu mungkin gimik.Tetapi lagu ini 98 peratus tulisan saya, saya memang menangis ketika saya menulis lagu itu.”
“Sebagai seorang yang melalui fasa breakdown, terluka, sedih, kecewa… Itu adalah luahan hati saya.
“Kalau orang kata gimik, kiranya mereka tak validate perasaan saya. Saya berhak rasa kecewa dan sedih.”

Hubungan Dini dan Janna terjalin selepas mereka bekerjasama dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang menjalani penggambaran di Itali.
Sumber: Melodi TV3