fbpx

Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan perkembangan terkini berkenaan Covid-19 di Malaysia.

Dalam masa yang sama beliau turut menyatakan berkenaan urusan pengembumian jenazah pesakit Covid-19 meliputi semua agama hasil muzakarah.

Menurutnya, bagi agama Islam, jenazah hanya boleh ditayamum pada permukaan lapik plastik jenazah dan bagi agama-agama lain, upacara keagamaan terhadap si mati hanya boleh dilakukan di permukaan plastik yang menutupi jenazah pesakit Covid-19.

“Tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah Islam di mana hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat.”

[fbcomments]