Nama Jocelyn Chia tidak asing lagi di laman media kini apabila beliau pernah menghina Malaysia dan menjadikan MH370 sebagai bahan jenakanya. Tindakan beliau yang melampau itu telah dikecam hebat oleh rakyat Malaysia, malah pihak dari negara sebelah turut terjejas apabila beliau membandingkan antara evolusi Singapura dan Malaysia.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengetahui identiti penuh dan lokasi terkini Jocely Chia. Walaupun begitu, dirinya tetap tenang dan menganggap tindakan yang dilakukan oleh Malaysia adalah bersikap keterlaluan kerana beliau anggap lawak yang dibuatnya adalah lawak biasa.

Tidak Minta Maaf Kepada Malaysia, Malah Join Podcast Bersama Rakan Pelawak AS

Baru-baru ini penampakan Jocelyn Chia telah dikesan apabila beliau menyertai satu sesi podcast bersama rakan pelawaknya dari Amerika Syarikat iaitu Chrissie Mayr.

Dalam isi podcast tersebut, Chrissie bertanya mengenai berapa jumlah mangsa korban yang terlibat dalam insiden MH370 kepada Jocelyn sebelum mengakhiri dengan gelak ketawa.

Gelak Lawak Sendiri Dengan Ayat Biadap

“Berapa ramai yang terlibat dalam nahas pesawat tersebut?”, tanya Chrissie.

“Dalam 200 macam tu. Takdalah ramai jika mahu dibandingkan dengan jumlah pengunjung di Chicago pada hujung minggu”, jelas Jocelyn sambil menggelakkan lawaknya sendiri.

Walaupun Dihentam Tapi Sudah Tidak Ambil Peduli

Berkunjung ke ruangan komen Instagram milik Chrissie Mayr, ketibaan rakyat Malaysia di ruangan tersebut penuh dengan kata-kata tidak berpuas hati dengan sikap tiada adab beliau.

Kredit: Instagram Chrissiemayrpod, Ohmymedia

[fbcomments]