Pelawak Ali Puteh berasa kesal kerana masih ada segelintir individu yang menuduh dia berkaitan harta peninggalan arwah Abam Bocey.


Ali yang telah berkongsi foto kebun miliknya bersama isteri tercinta, Melati Fitri Abdullah dan anak-anak, namun apa yang terjadi sebaliknya dimana hantarannya itu telah dicemari dengan komen daripada keyboard warrior yang mendakwa kononnya Ali telah mengguna duit arwah abangnya dalam urusan tanah tersebut.

Oleh kerana bengang dengan tuduhan tu, akhirnya Ali meluahkan hasrat untuk mencari pemilik akaun terbabit kerana telah melemparkan kata-kata fitnah.

Ya Allah.. masih ada lagi manusia begini hidup di muka bumi ini.. Kalau masih hidup, cepat-cepat la bertaubat. Takut esok-esok pergi ke negeri abadi masih tak dapat maaf dari saya.

Terlalu biadab sangat sampai kata saya makan duit arwah abang saya Abam. Macam mana la nak cari manusia ni..tersangat biadap.. Kategori bangsat…!!

[fbcomments]