fbpx

Zaman ekonomi tidak menentu kini mana ada orang meniaga makanan dengan harga yang cukup murah. Tapi lain pula ceritanya di gerai ini dimana ia menjual semua makanan RM1 sahaja. Wow, murah betul tu!

Percaya rezeki Allah itu luas

Menurut pemiliknya, Zailani Ismail, dua tidak kisah menjual makanan dan minuman di gerainya hanya pada harga RM1 kerana dia percaya rezeki Allah SWT itu luas malah pengunjung ke kedainya juga tidak putus-putus.

Setelah kedainya yang menjual pelbagai hidangan sup seperti mi, kuetiau, makaroni dan bihun sup serta nasi air RM1 semangkuk itu mula tular, dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang turut datang dari luar Kelantan.

Berita saya ini tular setelah disiarkan sebuah akhbar dan televisyen tempatan dan selepas itulah rezeki kedai mee seriya (RM1) ini mendapat perhatian dan dikunjungi pengunjung…sejak itu juga rezeki saya menjual makanan dengan harga RM1 terus bertambah.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya pernah menggaji seramai 11 pekerja apabila lebih 200 orang mengunjungi kedai saya setiap hari.

Ingin buka beberapa cawangan

Zailani yang berusian 48 tahun merupakan seorang penghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang itu turut bercadang nak buka lagi beberapa cawangan lain tidak lama lagi dan tidak sesekali terfikir nak naikkan harga.

Selain makanan, Zailani juga menjual beberapa minuman segera dengan harga yang sama.

Selain itu, anak-anak Zailani yang lain juga turut menjual makanan ringan seperti sosej bakar juga pada harga RM1 secucuk.

Resepi turun temurun

Difahamkan perniagaan beliau menggunakan resipi tersendiri turun temurun dan dibantu oleh isteri dan juga anak.

Saya sanggup berkongsi rahsia kepada mereka yang berminat untuk mengubah hidup walaupun menjual makanan dengan harga murah kerana saya percaya rezeki Allah SWT itu luas dengan cara bersedekah seperti ini.

[fbcomments]