Pada minggu lepas telah tular satu video di Twitter menunjukkan seorang pemuda telah disaman oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di atas kesalahan berniaga tanpa lesen.

Pemuda dikenali sebagai Azri itu merupakan seorang pelajar universiti dan dia berniaga adalah untuk membayar yuran pendaftaran kemasukan ke universiti kelak.

Disaman oleh MBSA

Menjual atau menjaja di tepi jalan sememangnya bukanlah perniagaan yang selamat buat mereka yang tidak mempunyai lesen atau kebenaran yang sah daripada pihak berwajib sama juga seperti yang terjadi kepada Azri ini.

Difahamkan baru je berniaga carboot dalam setengah jam, dia telah dihampiri oleh pihak MBSA untuk mengeluarkan saman terhadapnya.

Atas kejadian tersebut, ramai netizen berasa berang dengan tindakan pihak berkuasa kerana tidak memberikan amaran terlebih dahulu.

Namun apa nak dibuat kalau itu memang tugas mereka sebagai pihak berkuasa. Kita pun tak boleh nak salahkan pihak berkuasa, namun sebenarnya boleh je cakap elok-elok. Bila dah banyak kali baru keluarkan saman.

Rezeki lepas kena saman

Namun siapa sangka, rupanya ada rezeki mereka di saat akhir apabila perniagaan mereka laku habis selepas kejadian saman berkenaan mendapat perhatian pengunjung di sekitar kawasan berkenaan.

Bukan itu sahaja, disebabkan tularnya video ini, ia turut mendapat perhatian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

[fbcomments]