Baru-baru ini kecoh di laman TikTok berkenaan beberapa kumpulan trader yang menghasilkan content di dalam kapal terbang peribadi dan telah menarik perhatian warganet untuk menyiasat dengan lebih mendalam berkenaan apa yang mereka cuba sampaikan di dalam isi content tersebut.
Menurut video-video yang dimuat naik, ia memaparkan golongan trader atau usahawan pelaburan saham menghasut orang ramai cara untuk menjana pendapatan sebanyak satu juta dalam masa tempoh enam bulan sahaja.
Keluar Masuk Keluar Masuk Hangar, Tahu-Tahu Sampai Penang
Seorang juruterbang telah memuatnaik satu video melalui akaun TikTok @mrturboprop berkenaan content yang dibuat oleh geng trader tersebut. Beliau mendedahkan bahawa pesawat yang dinaiki oleh geng trader itu tidak berganjak langsung di udara, sebaliknya hanya keluar masuk dalam kawasan landasan.
“Abang nak periksa jap kapal adik ni..N888FJ. Jom kita usha jap flight radar”. Pergh lawalah challenger, berjuta-juta kapal ni. Tengok jap bila penerbangan terakhir, 21 Februari eh”.
“Jumpa kat Pulau Pinang.. kau buat apa tu? Kata nak pergi Pulau Pinang (memeriksa pergerakan pesawat)”, ujar pilot tersebut sambil menyindir.
Macam Guna Pesawat Yang Sama Je Oleh Usahawan Yang Lain
Ramai juga netizen yang mendakwa golongan usahawan-usahawan ini, tidak kiralah pengasas produk atau pun trader sering menggunakan taktik dan marketing yang sama. Ia sering dilihat di TikTok dengan menampilkan mereka menggunakan kenderaan yang sama untuk membuat content agar mereka kelihatan gah, bergaya dan berduit.
Kantoi Macam Tu Je Dengan Kapten
Meninjau di ruangan komen, kesemua netizen menunjukkan reaksi yang boleh dijangkakan iaitu penuh dengan kata-kata sindiran.


Kredit: TikTok mrturboprop