Sabtu, semalam telah berlakunya satu nahas antara pertembungan kereta perodua Myvi dan sebuah lori simen di Kilometer (KM) 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa.

Huzairah Basir yang menerima mesej Whatsapp terakhir “kak balik dah” daripada Rohaya Harun yang maut bersama suaminya, Mohamad Nasir Samsudin telah membuat Huzairah tercengang dengan situasi yang terjadi.

@buletintv3

Suami isteri maut nahas dalam perjalanan balik kampung sempena Aidiladha kemalangan #gerik

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Tiga Orang Anak Mereka Cedera Parah Dan Seorang Kritikal

Menurut sumber Buletin TV3, Huzairah tidak menyangka pesanan itu adalah petanda pergi buat selama-lamanya kerana mereka dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Bakau Emas, Kangar Perlis menuju ke Jeli, Kelantan untuk pulang ke kampung sempena cuti perayaan Hari Raya Aidiladha ini.

“Ketika itu saya hendak mengajak Rohaya sekeluarga sambut hari jadi anak saya di rumah, esok (Ahad) dan Rohaya hanya membalas yang dia sudah dalam perjalanan pulang ke kampung”.
“Bila kenang balik, mungkin melalui mesej itu Allah sudah memberi ‘hint’ yang dia akan kembali kepada Tuhan, hanya kita yang tidak tahu”, jelasnya ketika ditemubual oleh pemberita di Hospital Gerik.

Mami jaga kami tiga beradik boleh?

Menurut Huzairah, walaupun mereka sekadar berjiran namun hubungan mereka sangat akrab, malah anak-anak mangsa juga sudah memanggil Huzairah sebagai ‘mami’ kerana sudah menganggap seperti ibu kandung sendiri. Tiga orang anak mangsa iaitu Mohamad Zarith, Nur Auni Batrisya dan Mohamad Amir Zaqwan masih lagi dirawat di hospital.

“Sebelum dibawa memasuki jabatan kecemasan hospital tadi, saya sempat bertemu Mohamad Amir Zaqwan dan dia sempat bertanya saya “mami jaga kami (tiga beradik) boleh?’, kata Huzairah yang belum sempat untuk memberitahunya keadaan ibu bapanya yang sudah meninggal dunia.

Jenazah suami dan isteri itu dijangka dikebumi di Kampung Layak, Jeli Kelantan selepas menjalani proses bedah siasat di Hospital Gerik, hari ini.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]