Empat individu termasuk petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan wabak Covid-19.


Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid, antara yang dipanggil ialah pengendali dan wartawan Al Jazeera.

Mereka tiba di Bukit Aman bersama tujuh peguam kira-kira 8.50 pagi tadi dan cuba mengelak ditemu bual pemberita di lokasi.

Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.


Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19

[fbcomments]