Baru-baru ini, nama penyanyi Mizz Nina hangat diperkatakan oleh netizen di mana mereka menganggap dirinya sebagai satu tauladan yang baik buat semua orang.

Berikutan itu, pihak media telah bertanyakan pendapat tuan punya badan tentang perkara tersebut dan ini adalah jawapan Mizz Nina sendiri:

Saya rasa takut sangat, saya bukan sesiapa untuk diagungkan.

Kalau rasa nak agungkan seseorang, agungkanlah Rasulullah SAW, para sahabat atau ummul mukminin. Setiap pujian melambungambung terhadap sesiapa, sentiasa beserta dengan jangkaan & harapan tinggi.

Dalam masa yang sama, dia juga seakan tidak percaya tatkala mendengar pandangan orang terhadap dirinya kerana mereka tidak mengetahui dirinya yang sebenar.

Saya rasa, Ya Allah, betul ke saya baik sangat macam tu? Setiap kali baca komen memuji-muji, Ya Allah maafkan mereka tentang apa yang mereka cakap berkenaan saya. Mereka tak tahu siapa saya sebenarnya

Ya Allah, bantu saya jadi lebih baik dari apa yang mereka kata.

Dalam masa yang sama, beliau turut bimbang jika Allah bertanya apa yang dilakukannya saat menerima pujian sebegitu.

Saya takut sangat nanti Allah akan tanya, ‘apa kamu buat apabila terima pujian begitu? Rasa diri bagus? Atau akan gunakannya untuk perbaiki diri?’. Saya takut.

Tambahnya lagi, dia tidak layak dipuji-puji sedemikian rupa oleh kerana lebih banyak lagi yang perlu dirinya perbaiki dari segi pelbagai aspek dalam kehidupan. Masha Allah.

[fbcomments]